Bermula dengan hanya sekadar minat. Alief Irfan buktikan yang media sosial juga dapat menjana pendapatan.
Selebriti popular Youtube Alieff Irfan mungkin tidak asing lagi bagi pengguna setia Youtube terutamanya di Malaysia.
Boleh dikatakan semua video yang dimuatnaik oleh Alieff Irfan seringkali menjadi trending di Youtube Malaysia.
Mulanya hanya sekadar suka-suka kerana minat yang mendalam dalam suntingan video, Alieff Irfan membuktikan bahawa dengan itu mampu menjana pendapat lumayan.
Tetapi kerana mahu fokus sepenuhnya sebagai selebriti Youtube, Alieff atau nama sebenar Muhammad Aliff Irfan Aziki, nekad untuk berhenti belajar di peringkat diploma di sebuah universiti tempatan.
“Saya mula hasilkan video di YouTube pada tahun 2016 dan asalnya hanya berkongsi mengenai apa yang berlaku di sekitar saya, pengikut atau subscriber ketika itu 1,000 orang sahaja. Setelah saya buat pembaharuan dan hasilkan filem pendek (short film) barulah subscriber bertambah.
“Sejak itu, saya menerima beberapa tajaan produk untuk pengiklanan. Memandangkan semester baru akan bermula dan masa terhad untuk menyelesaikan beberapa video yang tertunggak, saya ambil keputusan untuk berhenti belajar.
“Sekarang, jumlah pengikut di saluran YouTube Alieff Irfan sudah 4.69 subscriber.
Melalui penghasilan video dan filem pendek itu, dia menerima pendapatan hasil sumbangan iklan, promosi produk (product placement) dan jualan barangan cenderamata.
Sumber pendapatan itu sedikit sebanyak dapat membantu menyara keluarga dan dia turut membina sebuah studio produksi yang diberi nama Alieff Irfan Studio Production (AI Studios) dan menggaji beberapa orang pekerja.
“Masa mula-mula tu emak tak faham apa yang cuba saya lakukan ini, dia hanya tanya saya buat apa ni? Video internet ni boleh pergi jauh ke, ada masa depan ke?
“Dulu saya pernah minta emak belikan kamera dan dia beli tapi… dia tak tahu apa saya nak buat dengan kamera itu dan dia hanya ikut permintaan saya kerana dia tahu ini hanya semata-mata kerana minat dan hobi.
“Alhamdulillah, sekarang ini saya berjaya buktikan melalui laman sosial kita boleh jana pendapatan. Walaupun tidaklah terlalu kaya tetapi sedikit-sebanyak dapatlah menampung kehidupan dan membeli sebuah kereta,” ujarnya.
kredit : blogamar
.png)
Comments
Post a Comment