“Bukan Nak Selamatkan Rumah Tangga, Dia Nak Selamatkan Muka Dia Je” – Diana Danielle
Sebentar tadi, sesi berdamai di antara Farid Kamil dan Diana Danielle
telah berlangsung dan pengarah tersebut mendakwa wujudnya pihak ketiga
dalam masalah rumah tangga mereka.
Dakwa Farid, dia sudah tahu tentang kehadiran orang ketiga itu sejak tahun lepas namun hanya baru-baru ini perkara tersebut disahkan.
Terus diasak dengan dakwaan tersebut, aktres filem Imaginur itu bagaimanapun menafikan tuduhan suaminya dan menegaskan bahawa ia adalah fitnah.
Malah, dia turut mendedahkan bahawa Farid telah menghilangkan cincin kahwin mereka lapan tahun lepas dan hanya menggantikan dengan yang baru pada hari ini.
Baru hari ini dia nak beli balik cincin
perkahwinan kami. Kalau betul
saya ada
orang ketiga, kenapa dia nak belikan
cincin kahwin saya? Kalau
kantoi (ada
orang ketiga) kenapa nak beli bunga?
Diana turut berkata Farid sebenarnya bukan mahu menyelamatkan rumah
tangga mereka yang dibina sejak 2012 tetapi hanyalah mahu menyelamatkan
mukanya semata-mata.
Kredit: Instagram


Comments
Post a Comment