Digelar Sebagai Munafik Mengenai Isu Buka Tudung & Berparti, Mia Sara Tampil Beri Penjelasan!

Baru-baru ini tular video di media sosial yang memaparkan seorang artis berhijab dikatakan membuka hijabnya dan sakan berparti bersama rakan-rakannya. Walaupun video yang tersebar itu kelihatan telah dikaburkan.

Rata-rata netizen seolah-olah mengetahui siapakah individu di dalam video berkenaan, malah ramai yang memetik nama pelakon yang memulakan karier lakonannya sejak kecil, iaitu Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan atau lebih dikenali sebagai Mia Sara.

“Munafik Zaman Sekarang..”

Dalam pada itu, ruangan komen pada hantaran pelakon berkenaan turut dibanjiri dengan komen netizen yang ‘menyindir’ Mia Sara mengenai perselisihan fahamnya bersama seorang pelakon remaja, tahun lalu.

“Dulu mengata orang sekarang diri sendiri kasi cermin.”

“Saya dengar awak dah berbuka.”

“Tolong jelaskan betul ke yang viral tu. Takut fitnah je.”

“Aku tengok pun dah nampak lain macam la Mia ni.”

“Silap langkah dia ni berkawan, jangan sampai masuk tele je la. Kalau sampai situ berak berdarah pun tak guna dah.”

“Munafik zaman sekarang. Dulu bukan main sedap kata ke Puteri Balqis.”



Mia Nafi Dakwaan Gosip Yang Tular Di Media Sosial

Walaubagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, pelakon ini tampil menafikan dakwaan gosip dirinya membuka tudung serta sakan berparti itu adalah dirinya.

“Di sini saya menegaskan bahawa gambar dan video yang tular itu bukan saya, tapi terpulang sama ada hendak percaya atau tidak.”-Kata Mia kepada Harian Metro

 

Sumber: Murai.my

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Claim RM400 Kredit Shopee Untuk Rakyat Malaysia

Last Minute Batal Jadi Pengapit Asbab Pemergian Nenek, Gadis Dilema BFF Marah