Farid Kamil Dedah Ada Bukti Bergambar Diana Danielle Curang
Rasanya ramai yang dah tahu pagi tadi, pelakon Farid Kamil membawa bunga ros dan sebentuk cincin untuk memujuk isterinya, Diana Danielle supaya kembali bersama. Cincin itu dibeli sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini.
Namun sayangnya, Farid memberitahu bunga tersebut telah dibuang. Lebih mengejutkan apabila pelakon ini mendakwa wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Menurut laporan mStar, Farid juga menegaskan yang dia mempunyai bukti mengenai orang ketiga dalam kemelut rumah tangganya itu.
Walau bagaimanapun, bukti tersebut hanya didedahkan pada mahkamah saja dan tidak kepada umum.
Farid sebelum ini juga mengatakan yang dia perlu menyelamatkan rumah tangga demi dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.
Sehingga kini, Farid mendakwa sudah 23 hari tak dibenarkan bertemu anak dan telefon juga tak dibenarkan.
Kredit: mStar | Harian Metro

Comments
Post a Comment