Manis bertudung, Sajat ‘hanyut’ & terpegun lihat kecantikan diri sendiri
Menerusi sebuah video dimuat naik usahawan berusia 38 tahun ini, dia menyatakan ketidaksangkaan dirinya seorang yang cantik terutama memakai tudung berserta solekan.
“Saya tak sangka rupanya saya ni cantik. Ha, cantik kan? Saya macam tak percaya saya ni cantik sangat.
“Ya Allah, memang tak percaya. Rasa macam betul ke cantik ni?”puji Sajat dalam video berdurasi 25 saat.
Cantik macam tak boleh bincang…
Katanya lagi, kecantikan yang dimilikinya amat sukar dinyatakan selain terkelu lidahnya untuk menggambarkan perasaannya ketika itu.
“Cantik macam tak boleh bincang, cantik saya ini. Cantik betul saya ni, saya tengok saya pun macam impress.
“Saya tengok saya pun saya impress,”pujinya sambil mengikat tali bajunya berwarna hitam.
Cantiknya Sajat, nak tutorial tudung
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dan mengakui usahawan ‘transgender’ itu sememangnya cantik sehingga ada yang meminta tutorial tudung yang digayakannya.
Apa-apa pun, perbuat seorang yang jantina asalnya lelaki HARAM menyerupai seperti wanita, lebih-lebih lagi mengubah ciptaan-Nya. Diharapkan agar Sajat kembali ke fitrah asal sebelum segalanya terlambat.
Sumber: TikTok @sajatperempuanfuh




Comments
Post a Comment