Safiey Illias ‘Disindir Netizen’ Isu Mahu Saman Pengguna Twitter RM4 Juta?-‘Nabi Pun Maafkan Umatnya’

 

Usahawan, Safiey Illias baru-baru ini mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna Twitter disebabkan satu ciapan yang dimuatnaik di Twitter.

Failkan Saman & Laporan Polis Atas Akta Hasutan

Menerusi  hantaran di Instagram, Safiey dilihat berkongsi tangkap layar ciapan yang dilakukan oleh individu terlibat serta mendedahkan akaun Instagram dan Twitter miliknya.

“Saya nak saman individu ni dan nak buat laporan polis atas AKTA HASUTAN, SKMM, dan juga akta menerbitkan sesuatu yang jelik di media sosial. Tunggu ya.-tulis Safiey


“Nak Saman? Percaya La Mahkamah Takkan Layan Kes Remeh..”

Walaubagaimanapun, tindakan Safiey yang mahu menyaman mendapat pertikaian dan ‘sindiran’ oleh sesetengah netizen yang berpendapat pihak mahkamah tidak akan ‘melayan’ kes remeh temeh tersebut.

“Punya laa ramai orang yang bahan kau, cakap kau bukan-bukan. Budak ni juga kau nak makan..Bodo-bodo je. Cuma ayat dia Safiey 2.0. Yang orang lain punya bahan kau pondan tak nak pula kau nak pegi saman.”

“Hahaha acah-acah je kau ni. Nabi pun maafkan umatnya siss.”

“Dekat mana dia menghasut?. Setahu saya mahkamah yang tetapkan nilai saman, kita takleh nak suka hati nak letak nilai saman rm4 juta tu..”

“Nak saman? Percaya lah court takkan layan kes remeh temeh macam mana ni.”

“Tengah takde duit ke? Senang je nak saman orang juta-juta. Senang eh buat duit.”

“Tak payah la saman. Kau pun dah jadi golongan b40. Dari buang duit ke lawyer, baik simpan bagi duit raya ke anak.”

 


Sumber: Murai.my

 

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia