Suami Kantoi Kaki Perempuan, Wanita Ini Untung RM24,000 Lelong Barang ‘Branded’ Lelaki Itu

 

Seorang wanita di Filipina yang dikenali sebagai Jamille Margarita Galvez berjaya mencuri perhatian ramai dengan pendekatan unik yang diambil dalam mengendalikan pasangan curang.

Suami Jamille dipercayai telah lari ikut perempuan simpanannya. Walaupun sedih dicurangi, Jamille mengambil keputusan untuk menjadikan apa yang berlaku sebagai satu perniagaan yang menguntungkan dirinya pula.

Wanita itu nekad melelong semua barangan berharga dan berjenama milik suaminya seperti baju kemeja, selipar, seluar dan kasut menerusi Facebook Live. 

Menurut Coconuts Manila, Jamille berkata semua barangan milik suaminya masih lagi berada dalam keadaan baik cuma pemiliknya sahaja yang tidak baik.

Selain itu, Jamille sempat bergurau dalam bahasa Tagalog dengan berkata dia lebih rela memperoleh wang daripada menjual pakaian suaminya berbanding membuang baju-baju tersebut.

“Jangan kata itu milik saya jika anda tidak boleh berpegang pada pilihan sendiri sama seperti suami saya yang tidak boleh berada di sisi saya.”

Dalam ruangan kapsyen, Jamille turut berseloroh dengan memberi amaran bahawa para pembeli perlu menanggung risiko kerana ada kemungkinan barang-barangan ini terkena ‘sumpahan’ suami tersebut.

Jamille turut ‘berharap’ suaminya menonton sesi lelongan secara dalam talian supaya lelaki itu dapat melihat barang-barangan yang telah dijual oleh wanita tersebut.

Mashable melaporkan wanita itu telah meraih keuntungan sebanyak 300,000 PHP (RM24,491) daripada lelongan tersebut. Jamile turut menjelaskan bahawa dia mengambil keputusan untuk melakukan sesi lelongan itu kerana mahu membesarkan anak-anaknya dan juga move on daripada perkahwinan tersebut.

Sumber: IAmLejen

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia