Tebal lain macam! Netizen pelik tengok kening Eina Azman

 


Datin Paduka Eina Azman sememangnya aktif menggunakan media sosial. Dia juga dilihat tidak lokek berkongsi resepi-resepi masakan termasuklah pada bulan Ramadan ini.

Namun, perkongsian terbaru pemilik nama sebenar, Ainur Syakina binti Azman, 28 ini menerusi video masakan di Instagram telah mendapat perhatian netizen.

Kongsi resepi, netizen perasan benda lain

Mana tidaknya, wajah pelakon itu kelihatan sedikit berbeza apabila bahagian keningnya dikatakan ‘pelik’ oleh sesetengah netizen,


 

Macam pelik je kening dia

Sesetengah netizen dilihat lebih fokus kepada penampilan Eina lebih-lebih lagi di bahagian kening. Kebanyakkan mereka mempertanyakan perihal kening pelakon tersebut yang dilihat kurang sesuai dengan mekap yang digayakannya.


Nampak kurus pun ada

Pakai marker pen ke tu buat kening?

Inai dilukis di kening

Sedar bahawa keningnya menjadi perhatian netizen, pelakon drama MAID itu telah menjelaskan bahawa keningnya terlihat pelik kerana menggunakan inai yang pernah tular sebelum ini.

Difahamkan, inai yang biasa digunakan di kuku telah dilukis di kening bagi terlihat lebih gelap namun cubaan tersebut kurang berjaya sehingga keningnya nampak lebih tebal.

Walau bagaimanapun, Eina memaklumkan rakaman video tersebut dibuat sebelum Ramadan lagi. Dia juga meminta agar netizen mengabaikan sahaja rupa keningnya kerana resepi yang dikongsikan lebih menarik.

Justeru itu, ramai yang memuji resepi masakan yang dimuat naik oleh Eina Azman dan rata-rata mereka mengucapkan terima kasih kerana memberi idea untuk juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Sumber: Instagram Eina Azman

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia