Telemovie Saat Hilang Cintamu Adalah Kisah Benar, Watak Razil Hidup Hingga Kini
Meskipun sudah 2 hari berlalu sejak tayangan telemovie 'Saat Hilang Cintamu' di slot Cerekarama TV3, namun rasa sedihnya masih menyelubungi jiwa penonton. Ditambah pula dengan lakonan hebat daripada Zamarul Hisham serta Rita Nadira, gandingan mereka menjayakan watak suami isteri cukup memberikan kesan emosi.
Semoga kita mengambil teladan daripada telemovie yang diadaptasi dari kisah benar ini
Kesetiaan Razil yang masih menyayangi isterinya walaupun diselingkuhi dan ditinggalkan demi lelaki lain merujuk semua ikatan perkahwinan namun tidak sempat. Siapa sangka, rupanya jalan cerita telemovie
cukup meruntun jiwa. Di saat Salinah sudah terlantar lumpuh, Razil bahkan terus setia menjaga dan sudi
sedih ini diadaptasikan daripada kisah benar yang berlaku di Perlis.
Abang frust tak dapat jumpa masa shooting...
Orangnya setia
Menurut perkongsian Zamarul Hisham sendiri, watak Razil memang benar wujud dan kini orangnya
sudah berusia 70 tahun. Akan tetapi, dia sedikit kecewa kerana tidak sempat berjumpa dengan tuan
badan ketika sedang menjalankan penggambaran cerita ini.
Idea & skrip 'Saat Hilang Cintamu' juga ditulis
oleh anak-anak Perlis
Di sebalik kejayaan sesebuah projek televisyen, pasti ada cabarannya. Fadzil Teh a.k.a Haji Zil selaku penerbit utama dedahkan terdapat beberapa babak di Perlis yang terpaksa dibuat semula di Kuala Lumpur menggunakan pelakon berbeza rentetan isu-isu tertentu. Namun dia berterima kasih atas sambutan baik yang diberi netizen kepada telemovie arahannya itu.
Kredit : FB Fadzil Teh VIA Saya Anak Perlis & IG Zeel Production



Comments
Post a Comment