Tular Semula Wajah Diana Danielle Setia Tersenyum Buat Suami Dan Banyak Sebenarnya Yang Sudah Dikorbankan

 

“Wajah tenang sangat tabah Diana tidak ada air mata bergenang ketika suaminya kena tangkap dulu, tapi hatinya banyak dah terluka…” luah peminat

Memiliki pasangan setia merupakan idaman bagi setiap insan. Mana tidaknya, kesetiaan adalah perkara yang paling mahal dalam mengekalkan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Mungkin bagi sesetengah individu, menjadi pasangan setia dan jujur adalah sesuatu yang sukar untuk membuktikannya.

Sekiranya dikurniakan pasangan setia, anda adalah seseorang yang cukup beruntung kerana dia mungkin akan menjaga anda dengan sebaik mungkin.

Namun bagi suami atau isteri yang melakukan pengkhianatan dalam hubungan, ia akan menyebabkan rumah tangga seri rumah tangga hilang dan anak-anak akan berasa kecewa.

Namun sebagai suami, mereka perlu menilai seberapa banyak pengorbanan yang telah pasangan anda lakukan.

Tetapkan di dalam hati dan fikiran untuk sentiasa mengingati setiap jasa isteri lakukan demi anda sehingga sanggup menggadaikan nyawanya demi melahirkan seorang zuriat.

Bukan itu sahaja, sang isteri juga sanggup memilih untuk berjauhan dengan orang tuanya atau sanggup berhenti kerja hanya ingin memberikan yang terbaik buat anda dan seisi keluarga.

Sekiranya si suami mengambil berat akan setiap perkara yang dilakukannya, pastinya si isteri berasa sungguh bertuah dan sanggup setia sehingga ke hujung nyawa!

Berbahas soal itu, sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangaa pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle. Terbaru, Farid mendakwa ada bukti bergambar isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle curang.

Memetik Harian Metro, Farid bagaimanapun enggan mendedahkan kepada umum sebaliknya akan menunjukkan di mahkamah.

“Saya ada bukti bergambar. Namun, saya tak boleh tunjuk kepada umum sekarang. Saya akan dedahkan di mahkamah,” katanya.

Semalam, Farid mendedahkan keretakan rumah tangga bersama Diana berpunca daripada kehadiran orang ketiga. Menurutnya, dia mendakwa menghidu mengenai kecurangan isterinya sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Diana menafikan dakwaan suaminya sebaliknya mendakwa masalah yang berlaku adalah berpunca daripada suaminya.

Dalam pada itu, Farid enggan mengulas mengenai hal peribadi, isteri serta anak-anaknya yang boleh mengaibkan mereka.

“Saya tidak mahu bercakap hal isteri saya dan buka aib sesiapa. Saya ke mahkamah untuk menegakkan hukum-hakam agama islam,” katanya.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular pula video lama yang memaparkan wajah Diana Danielle setia tersenyum di belakang suaminya meskipun ketika itu Farid disabitkan kesalahan sehingga dipenjarakan.


 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa sedih serta terharu melihat sosok wanita tabah yang pernah ada untuk suaminya ketika ditimpa ujian dan musibah.


Namun kini, Diana memilih untuk memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan Diana tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Sumber: Murai.my
 

 

 


 

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia