Ah Moi dedah, suami kerap ‘check in’ hotel dengan skandal


Sejak semalam, isu 'panas' di media sosial adalah mengenai kisah perselingkuhan seorang influencer berketurunan Cina yang terkenal, yang terlibat dalam hubungan sulit dengan pekerja wanita berketurunan Melayu.

Pendedahan itu dibuat oleh isterinya di platform Facebook dengan beberapa tangkapan skrin sebagai bukti kecurangan yang dilakukan oleh suami dan pekerjanya yang selama ini dipercayainya.

Kantoi ajak skandal check in hotel

Terbaru, Shermine Hau-Ah Moi telah memuat naik beberapa bukti baru yang mendakwa suaminya menjemput skandal untuk menginap di hotel ketika dia berada bersama rakan-rakannya.

Kekecewaan beliau semakin bertambah kerana beliau telah memberikan kepercayaan penuh kepada suaminya untuk tinggal sendirian.

“Korang faham tak? Apabila awak percaya sangat dengan suami awak.. I keluar dengan kawan…
“Tapi dia pula pergi check in hotel..”tulisnya.


Kata rindu anak…

“Rindu anak ke?Kalau rindu kenapa pergi hotel masa tu?
“Stay kat rumah jaga anaklah. Kenapa saya keluar kau tak boleh teman anak? I tak faham,”luahnya berserta beberapa tangkap layar.

Sumber: Facebook Shermine Ah Moi via OhMedia

 

 

 

 

Comments