Farid Kamil Pishang - Diana Danielle Tolak Tawaran Farid Kamil Bernilai RM300k Untuk Berdamai!

Pelakon Farid Kamil nampaknya tak berputus asa untuk menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri, Diana Danielle.
Diana Danielle tidak mahu apa-apa daripada suaminya, Farid Kamil, 42, sekali gus menolak tawaran perdamaian yang dikemukakan Farid, hari ini.
Menurut laporan Harian Metro, Peguam Syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya cuma mahu satu ‘amount’ yang berpatutan serta nafkah untuk dua anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik. Cuma satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anaknya selepas mereka bercerai,” katanya kepada Harian Metro.
Mengulas mengenai tawaran Farid itu, Akberdin berkata, Diana menolak kerana ia tawaran perdamaian untuk mereka kembali sebagai suami isteri.
Anak guam saya mahu bercerai dan menganggap perkahwinan antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian. Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam. Penyelesaian ini kita akan muktamadkan dan kemukakan di mahkamah kemudian.
Sumber: OhMedia
Comments
Post a Comment