Kahwin Lebih 20 Tahun Isteri Tak Tahu Suami Kerja Apa, Rupanya Dukun Yang Dah Bunuh 12 Orang
Kisah kekejaman seorang lelaki yang
menyamar sebagai dukun pengganda wang dikenali sebagai Mbah Slamet terus
menjadi perhatian masyarakat Indonesia.
Selepas terbongkar lelaki dengan nama
sebenar Slamet Tohari, sudah membunuh 12 mangsa penipuannya, isteri
Mbah Slamet mengaku tidak tahu mengenai pekerjaan sebenar suaminya.
Ironi, Seneh, 49, telah berkahwin
dengan Mbah Slamet selama 25 tahun. Apa yang dia tahu, suaminya kerap
menerima kunjungan tetamu tanpa mengetahui suaminya seorang dukun.
“Dia kerap terima tetamu tapi tak
punya pekerjaan tetap. Tapi selama 25 tahun kahwin, saya juga tidak
tanya (pekerjaan sebenar). Sebab itu saya terkejut,” kata perempuan itu
seperti dilaporkan Kompas.
Seneh bagaimanapun mengaku beberapa
kali melihat suaminya melakukan ritual bersama tetamu yang datang di
ruang tamu. Namun oleh kerana tidak ada tetamu yang pernah tidur di
rumah dan ritual dilakukan sangat sekejap, dia tidak bertanya kepada
suaminya.
Malah saat kegiatan kejam suaminya terbongkar, Seneh mengatakan Mbah Slamet sudah setahun tidak pulang ke rumah kelamin mereka.
Dan dia kali terakhir bertemu lelaki berusia 45 tahun itu pada awal Ramadan lalu.
Terdahulu media tempatan melaporkan
Mbah Slamet membunuh sehingga 13 mangsa penipuannya dengan memberi minum
racun dan dikebumikan dalam sebuah ‘kubur besar’ di sebuah ladang.
Sumber : Gempak



Comments
Post a Comment