Pencarum KWSP boleh pinjam bank mulai 7 April ini

 

Pencarum KWSP berusia 40 hingga 50 tahun, perlu mempunyai tabungan berjumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 masing-masing layak membuat pinjaman bank mulai 7 April ini. Dua bank tempatan menyediakan kemudahan pinjaman berkenaan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank dengan kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) antara 4-5 peratus, lebih rendah berbanding kadar pasaran semasa iaitu 8-15 peratus. 

Pencarum KWSP yang berhasrat membuat pinjaman itu, boleh melayari sesawang, https://fsa2.kwsp.gov.my bermula 5 April, bagi menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang boleh dimohon.

KWSP dalam kenyataannya hari ini, memperincikan mengenai mekanisme, terma dan syarat Fasiliti Sokongan Akuan 2 (FSA2) yang kini boleh digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman bank yang dibuat oleh pencarum.

Sumber: Berita Harian

 

Comments