Tak Bagi Kahwin Lepas Hamilkan Adik Ipar, Punca Suami Tamatkan Riwayat Isteri
Seorang lelaki dan juga suami
sanggup bertindak kejam apabila meracun isterinya sendiri demi
menunaikan hasrat untuk mengahwini adik ipar sendiri! Lelaki dengan nama Berry Primanael yang berasal dari Lampung bagaimanapun sudah berjaya ditangkap polis.
Menurut kronologi kes, lelaki berusia
28 tahun tersebut meracun isterinya sampai mati selepas hasratnya untuk
berkahwin dengan adik kandung wanita itu ditentang. Oleh kerana sakit hati impian berkahwin dengan adik ipar sendiri dihalang, dia pun nekad meracun isterinya sampai mati.
Kejahatannya meracun isteri sampai
mati hanya terbongkar apabila abang wanita itu membuat laporan kepada
pihak polis selepas berasa curiga dengan cara kematian adiknya. Kenyataan polis mendedahkan suspek
telah membeli racun jenis pottasium yang berbentuk serbuk secara online
sebelum diberikan kepada isterinya.
Mengulas lebih lanjut, suspek sanggup
melakukan perbuatan di luar kewarasan tersebut selepas mendapat tahu
adik iparnya hamil satu bulan hasil hubungan gelap mereka.
“Suspek telah menjalin hubungan gelap
denga adik iparnya seperti suami isteri. Adik iparnya hamil satu bulan
dan mahu dia bertanggungjawab.
“Dia minta izin kahwin, tapi
dibantah, lalu mengambil keputusan membunuh isterinya sendiri,” kata
wakil pihak polis seperti dilaporkan Detik.com.
Diketahui suspek dan isterinya sudah memiliki dua anak.

Comments
Post a Comment