Tawar khidmat jadi peneman beraya serendah RM100

 

Trend menyediakan perkhidmatan ‘teman beraya’ dan kekasih lakonan oleh kaum wanita dengan bayaran serendah RM100 di aplikasi Twitter mengundang rasa tidak senang ramai pihak.

Menerusi satu perkongsian oleh Amirul Ruslam di Twitter miliknya, dia berkata, trend sebegini tidak baik dan mencemarkan maruah serta menghilangkan sifat malu sebagai seorang wanita islam.

“Entahlah, bagi aku ‘trend’ atau gurauan sewa diri adalah satu trend yang merosakkan sifat malu seseorang muslim,” katanya.

Tambahnya, trend sebegitu seolah-olah menjual maruah dan kehormatan diri bahkan aktiviti yang mendorong ke zina dianggap sebagai satu kebanggaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberikan pandangan yang sama seperti lelaki berkenaan.

“Pegang tangan ada caj tau korang. Jijik betul, memang menggalakkan zina,” komen Anonymous.

“Innalillah, Ya Allah, janganlah kau uji anak-anakku dengan ujian sebegini,” komen pengguna Twitter Nazir.

“Ini yang saya nak komen masa nampak trend tu. Tapi hanya mampu benci dengan selemah iman,” luah Syida.

Perkongsian itu tular di aplikasi Twitter dengan tontonan sebanyak 150,000, 1,079 ulang ciap dan 1,605 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Claim RM400 Kredit Shopee Untuk Rakyat Malaysia

Last Minute Batal Jadi Pengapit Asbab Pemergian Nenek, Gadis Dilema BFF Marah