[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

 


KETIKA kita bergembira menyambut keindahan Hari Raya, terselit kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga orang lain.

Perceraian antara Siti Nurfatihah Nafisa Mohd Nasir, 27 dan pasangannya setelah tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan dikongsikan di media sosial.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Teah menceritakan semula mengenai persetujuan mereka untuk bercerai setelah usaha berdamai sejak empat bulan lalu menemui kegagalan.

“Saya rasa ini yang terbaik untuk kami setelah sekian lama mencuba untuk perbaiki hubungan.

“Daripada awal tahun lagi kami putuskan untuk berpisah tapi saya masih cuba bertahan walaupun diduga macam-macam. Sampai awal bulan Mac, suami cakap dia nak tempoh sebulan lagi untuk cuba, tapi masih gagal untuk teruskan.

“Jadi saya cakap dekat suami andai kata dia sudah tak boleh teruskan, tak mengapa… kita berpisah saja. Mungkin ini jalan yang terbaik,” katanya.

Reda dengan apa yang berlaku, namun pasangan ini masih lagi dalam proses untuk berpisah dengan mendapatkan kelulusan daripada kem di mana tempat suami bertugas sebagai anggota beruniform.

Menurut Teah yang masih belum mempunyai zuriat sepanjang usia perkahwinan mereka, dia tergerak hati untuk bermaaf-maafan di Hari Raya bersama suami seperti pasangan lain.

Setelah beberapa kali cuba menghubungi suami yang tidak lagi tinggal bersama, akhirnya panggilan tersebut dijawab dan permintaan sebagai isteri ditunaikan.

@teahnapisa96 Saya ikhlas , saya redha , semoga yg baik2 saja utk awak dan saya , maafkan saya , saya bukan isteri yg sempurna seperti mana awak inginkan 🥰 moga awak bertemu dgn bahagia yg awak cari Inshaallah 🤍☺️#jodohrahsiaallah #berpisah #berpisahlebihindah ♬ original sound - dianza nazihah

“Video tu saya rakam pada petang Hari Raya. Pada mulanya suami tak nak jawab call tapi saya spam berkali-kali dan dia bersetuju untuk datang rumah.

“Kami dah terbeli baju raya sama tema, jadi masa dia datang tu saya pun beritahu dia nak beraya macam pasangan lain.

“Sejujurnya daripada hati saya yang paling dalam, perasaan sedih tu hanya Allah saja yang tahu,” ujarnya lagi.

Ujar Teah yang menetap di Changlun, Kedah, dia bersyukur pernah merasai kebahagiaan pada empat tahun pertama usia perkahwinan walaupun hidup dalam kesusahan.

Malah, perpisahan mereka yang berlaku dengan cara baik ini turut mendapat persetujuan oleh keluarga walaupun mereka turut berduka dengan apa telah terjadi.

“Dulu awal-awal berkahwin kami hidup susah. Kereta kami rosak pun tak mampu nak baiki. Terpaksa saya jalan kaki saja pergi kerja sebab motosikal kami suami yang guna untuk pergi kerja.

“Kami pernah juga merasai pengalaman susah sampai makan nasi dengan garam. Tapi saya tak kisah sebab kami bahagia bersama waktu tu.

“Untuk tahun kelima sampai penghujung usia perkahwinan, kami diuji dengan masalah rumah tangga. Saya mengaku diri sendiri pun ada salah apabila saya kerap ungkit semua benda pernah ditolong selama ni,” ujar Teah yang bekerja di bahagian khidmat pelanggan sebuah syarikat telekomunikasi.

@teahnapisa96

Saya undur diri demi kebahagian dia 🥰 doakan saya kuat utk jalani kehidupan seterusnya..💪🏼✨🤍

♬ suara asli - Esa

Sebagaimana dikongsikan di TikTok sehingga meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan, netizen membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat buat Teah.

Sewaktu dihubungi mStar juga, Teah sempat menyelitkan kata-kata serta ucapan buat suami yang pernah menjadi orang paling bermakna dalam hidupnya.

“Saya share video tu sebagai simpanan kenangan saja. Apabila saya dah boleh terima dengan ikhlas, insyaAllah saya akan padam video tersebut.

“Apa-apa pun saya doakan kebahagian suami saya lepas ni. Jaga diri selalu dan kerja baik-baik. Jika diizinkan Allah, dia akan lebih tenang lepas ni.

“Terima kasih untuk tujuh tahun kisah suka dan duka kita. Minta ampun dan maaf selama kita bersama ketika bergelar suami isteri. Halalkan makan dan minum saya,” ujarnya menutupi kisah perkahwinan mereka.

 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Claim RM400 Kredit Shopee Untuk Rakyat Malaysia

Last Minute Batal Jadi Pengapit Asbab Pemergian Nenek, Gadis Dilema BFF Marah