[Video] Isteri lari dari rumah selepas bertengkar, suami paksa anak umur 1 tahun minum arak & hisap rokok

 


Viral satu video di media sosial seorang bapa yang tergamak memberikan arak kepada anak perempuan yang masih berusia 1 tahun 6 bulan.

Bukan setakat arak, bapa itu juga memaksa anaknya menghisap rokok.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bitung, AKP Marselus Yugo Amboro berkata, pelaku yang merupakan bapa kandung mangsa telah ditahan tidak lama selepas video itu viral.

Kejadian itu berlaku pada 8/4/2023. Ketika itu, pelaku baru bertengkar dengan isterinya sehingga membuatkan isterinya meninggalkan anak beranak itu tinggal berdua di rumah. 


 

Comments