[VIDEO] “Jalan Jem Katanya” – Customer Beli Lemang Naik Helikopter Undang Perhatian Ramai

 

 

Tular satu video di media sosial pelanggan membeli lemang dengan menggunakan helikopter. 

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @harrysamsudin, kelihatan beberapa orang lelaki sedang mengangkat kotak dan juga guni.

Difahamkan kotak dan guni yang dibawa mereka itu dipenuhi dengan lemang yang ditempah oleh pelanggan terbabit dipercayai dari Lemang Toki di Bentong.

Dalam video sama, kelihatan kotak dan guni itu dibawa masuk ke dalam helikopter berwarna merah yang mendarat berhampiran ladang kelapa sawit.

@harrysamsudin Customer beli lemang naik heli guys..jln jem katanya#fypシ #lemangtokibentong ♬ original sound - Khairy Samsudin

Beli lemang naik helikopter sebab jalam sesak

Menurut pemilik video, pelanggan terbabit menggunakan helikopter untuk mengambil lemang kerana jalan raya yang sesak.

“Customer beli lemang naik heli guys, jalan jam katanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Netizen beri pelbagai reaksi

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi mereka setelah melihat video berdurasi 41 saat itu.

Malah mereka turut mendakwa pelanggan terbabit sememang seorang yang kaya raya dan mempunyai nama yang besar.

 

 

Comments