[VIDEO] “Tak Buat Homework Ke?” – Pembaca Berita Kena Sembur Dengan Datuk Hattan Masa ‘Live’

 

Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang berbakat iaitu vokalis kumpulan XPDC, Mael yang meninggal dunia di Hospital Muar malam tadi. Pemergian bintang itu disahkan sendiri oleh anak perempuannya, Sharifah Irfatasha.

Di TikTok, tular pula rakaman video memaparkan segmen mengenang pemergian Mael XPDC di Astro Awani Berita 501.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah apabila penyanyi Datuk Hattan selaku tetamu di talian menegur pembaca berita yang dikatakan tak membuat kajian sebelum bertanyakan soalan.

Dalam rakaman kedengaran pembaca berita meminta pandangan Datuk Hattan mengenai lirik-lirik lagu kumpulan XPDC yang diketahui makan dalam.

Namun, Datuk Hattan bertanyakan kembali sama ada pembaca berita tahu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Dengan nada serius, penyanyi lagu Mahligai Syahdu ini bertanya sama ada dia membuat ‘ulang kaji’ sebelum bercakap mengenai kumpulan lagenda itu.

Tak cukup di situ, Datuk Hattan seolah-olah berasa kecewa apabila pembaca berita itu salah meneka penulis lirik dan meminta orang yang betul-betul tahu untuk menemubualnya.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa tak setuju dengan cara Datuk Hattan yang dirasakan telah memalukan wanita itu secara terbuka.

 

Comments