Baby Shima diminta ‘berehat’

 

NYANYIAN pun biasa, jadi kalau bukan sebab kontroversi, nama Baby Shima mungkin agak sepi dalam radar dunia hiburan tanah air.

Tidak pernah sunyi namanya daripada sebarang kisah panas. Ada sahaja cerita sensasi yang hendak diulas, dicetuskan atau dilemparkan kepadanya.

Kadang-kadang bukan sahaja Diva yang penat tetapi netizen juga mengakui, mahu Baby Shima berhenti terkait atau menjadikan dirinya sebagai topik utama apa jua kontroversi yang timbul.

Bukan benci tetapi nasihat! Ramai pesan supaya Shima ambil masa ‘berehat’ sebentar dari dunia media sosial yang memang sentiasa menyakitkan hati. Diva pun tak tahu nak nasihat apa lagi, kalau boleh janganlah terus cemar imej sendiri dan juga genre yang diperjuangkan.

Berhenti jadikan diri sebagai bahan kandungan dalam media sosial ya.

 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Claim RM400 Kredit Shopee Untuk Rakyat Malaysia

Last Minute Batal Jadi Pengapit Asbab Pemergian Nenek, Gadis Dilema BFF Marah