Bapa arwah Siti Sarah pinangkan sendiri Watie untuk Shuib

Pertunangan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dengan  Watie Hanifiah yang berlangsung pada 6 Mei 2023 di Shah Alam telah mendapat perhatian ramai.

Mereka dijangka mendirikan rumah tangga pada 23 Jun nanti.

Jadi wakil pihak Shuib

Disebalik pertunangan yang berlangsung secara tertutup itu, kehadiran bapa kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah bersama isterinya sebagai wakil pihak Shuib pastinya dipuji ramai.

Menerusi video yang dikongsi Siti Fatimah Suberi atau biasa disapa Makder, suaminya telah meminangkan sendiri Watie buat Shuib untuk menjadi suri hati penyampai radio Suria FM itu.

@suciuwais Kami sebagai wakil keluarga datang untuk merisik suri di hati @shuibsepahtu 😊 Alhamdulillah selesai majlis ini, yang dipinang sendiri oleh Abah @raissuddin_hamzah Terima kasih untuk doa-doa yang baik untuk kami semua 😍 #raissuddin #raissuddinfamily #fyp #shuibsepahtu ♬ Semua Tentang Kita - NOAH

Semoga urusan Watie & Shuib dipermudah

Menerusi kapsyen yang disertakan, dia berharap orang ramai dapat medoakan yang terbaik buat semua dan urusan Shuib serta Watie dipermudahkan menjelang hari bahagia mereka.

@suciuwais Semua atas kehendaknya #raissuddin #shuibwatie #makder #fyp ♬ Kupinang Kau Dengan Bismillah - Rossa

Luas jiwa Raissuddin

Perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai komen positif di ruangan TikTok miliknya dengan mengatakan yang Raissuddin dan Makder sebagai mentua yang terbaik.

Untuk rekod, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Namun, pada Ogos 2021, penyanyi lagu Kesetiaan itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat wabak Covid-19.

Sumber: TikTok MaKder

 

Comments