Bikini Leona jadi bualan, Azhar Sulaiman masuk komen

 

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi mencuri perhatian selepas sepotong video pendek viral di TikTok memperlihatkan Kasih Iris Leona bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti bermandi sungai.

Menerusi video berdurasi 39 saat yang dikongsikan semula oleh peminat di platform berkenaan, Leona mengejutkan ramai pihak apabila tampil memakai bikini berwarna putih dengan bahagian dada dan punggungnya terdedah sekaligus membuatkan ramai pihak berasa kurang senang dengan tindakannya itu.

“Suns out, bums out,” tulisnya pada paparan video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Tidak kurang juga yang tampil meninggalkan komen-komen ‘lucah’ bersifat sarkastik kepada Leona.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian di platfom TikTok milik Azhar Sulaiman, dia memaklumkan, tidak sempat untuk melihat video anaknya itu dan bersyukur Leona telahpun memadam video tersebut di akaun sosial media miliknya.

“Mami dan muss cat tak sempat tengok video bikini putih tu. But whatever it is, both of us bersyukur sangat Leona dah removed video tu dan tak memanjangkan lagi perkara ni.

“Dan, sebagai seorang ibu bapa, sama macam parents yang lain… we hoping for the best untuk our kids dan Mami harap Leona juga boleh belajar dari kesilapan,” katanya.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama gadis berusia 21 tahun ditegur mengenai penampilannya sehinggakan bapanya sendiri mengaku sudah puas menasihati Leona dalam bab pemakaian namun tidak dihiraukan. 

Sumber: Xtra

 

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia