Fasha, padam gambar Kazar – Netizen

 

Pelakon jelita, Fasha Sandha memuat naik beberapa gambar bersama pelakon veteran, Kazar yang telah mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pelakon berusia 39 tahun dilihat sedang menjalankan penggambaran drama terbaharu di negeri Perlis dengan beberapa pelakon-pelakon lain termasuk Kazar.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah menjadi perhatian warganet yang dilihat kurang senang aktres itu bergambar bersama Kazar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa meluat dan meminta pelakon drama Rampas Cintaku itu untuk memadam gambar-gambar tersebut.

Terdahulu, tindakan Kazar menjadi wali kepada anaknya Ira semasa bernikah dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof di Thailand kecoh diperkatakan kerana Ira didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah. 

Sumber: Instagram

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia