Last Minute Batal Jadi Pengapit Asbab Pemergian Nenek, Gadis Dilema BFF Marah

 

Secara peribadinya bagi golongan perempuan, kehadiran BFF ke majlis perkahwinan mereka adalah satu detik yang sangat penting. Majoritinya akan meminta rakan baik mereka menjadi pengapit atau bridesmaid untuk mengiringi sepanjang persandingan.

Dia marah “Kenapa you buat I macam ni?”…I just cakap sorry & taknak keruhkan keadaan

Namun bagi gadis dengan akaun TikTok @heymimski ini, dia mengalami situasi yang agak mengundang rasa serba salah. Awalnya, dia bersetuju untuk menjadi pengapit di acara persandingan rakan baiknya pada hari Sabtu. Pun begitu pada hari Rabu, dia mendapat khabar sedih tentang pemergian neneknya di kampung bertempat di Johor Bahru.

Dia kawan baik saya, dah lebih 10 tahun kita jadi kawan…Sayanglah, i don’t know…

Perlu pulang ke kampung dan tidak dapat hadir ke acara berkenaan, dia tidak menyangka pengantin itu memberikan respon tidak berpuas hati. Hasil IG Story yang dimuat naik, ‘si polan’ mengucapkan terima kasih kepada rakan lain (pengganti pengapit lama) kerana menyelamatkan hari bahagianya.

@_heymimski i salah ke? #rant #justgirlythings #girlproblems #fypシ ♬ die (sped up) - lucidbeatz & key kelly

Kenapa besar sangat isu pengapit ni? Kalau kawan tak boleh, tanya jela sesiapa

Meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan, netizen seakan tergamam mendengar kisah tersebut. Selaku kenalan rapat, mereka berpendapat seharusnya pengantin terbabit lebih bersikap memahami. Apalagi, pembatalan saat akhir itu melibatkan urusan kecemasan dan bukannya disengajakan.

Oleh itu, ramai memberikan sokongan dan berharap empunya video tidak menyalahkan diri sendiri. Sudah pasti secara logiknya, urusan mustahak berkaitan keluarga adalah jauh lebih penting.

 

Kredit : TikTok heymimski

 

Comments

Popular posts from this blog

Cara Claim RM400 Kredit Shopee Untuk Rakyat Malaysia