Macam ada ‘orang dalam’ yang bocorkan waktu penghantaran stok emas, wanita ini rugi RM1.8 juta emas 7kg kena rembat

 

Dua pekerja pembekal emas bagi sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah trauma apabila 7 kilogram (kg) emas dilarikan dua lelaki bertopeng dalam kejadian samun di lorong belakang sebuah kedai emas, di sini hari ini.

Dalam kenyataan dan hebahan yang tular dalam kejadian pada pukul 11.37 pagi tadi, dua individu bertopeng dan bersenjatakan parang melarikan emas dianggarkan bernilai RM1.8 juta.

Perompak menaiki dua kereta jenis kereta Toyota Altis dan Toyota Camry sebelum melarikan diri sebaik melakukan samun.

Video kejadian itu tular di media sosial dan polis masih menjalankan siasatan selain giat memburu individu berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, Noorhasliza Abd Rahman berkata, mereka mengetahui kejadian berkenaan sebaik dimaklumkan dua kakitangan pembekal yang terus ke kedai mereka selepas disamun.

Comments