PDRM Minta Wanita Dakwa Dirakam, Jadi Mangsa Gangguan Seksual Buat Laporan

Beberapa hari lalu, tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang mendakwa dirinya telah dirakam oleh individu tidak dikenali di dalam tren Transit Aliran Massa (MRT).
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di Twitter, wanita berkenaan turut menunjukkan wajah lelaki berkenaan yang ketika itu sedang duduk dihadapannya sambil memegang telefon bimbit.
Di dalam hantaran itu juga wanita terbabit meminta agar orang ramai berhati-hati ketika menaiki pengangkutan awam berkenaan sekiranya terjumpa lelaki tersebut.
Siapa yang selalu naik MRT tu jaga2 dengan si babi ni. Main2 record orang suka hati. Dari atas sampai bawah pulak tu. Celaka tau pervert babi macam ni. Aku baru nak naik MRT after few months tak naik. Bad mood terus eh!!! Tahu pulak cuak lepas kena jerit! 😤 pic.twitter.com/1EvzYI96Mm
— YM Che Puan Aish (@datinseriaish) May 10, 2023
Buat laporan polis agar siasatan boleh dijalankan
Susulan dari penularan video berkenaan, pihak polis kemudian meminta wanita itu tampil untuk membuat laporan berhubung ganguan seksual itu agar siasatan boleh dilakukan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin memaklumkan video yang tular berhubung kejadian tersebut telah dikesan pihaknya pada jam 9.55 pagi, semalam (11 Mei).
“Penelitian lanjut terhadap video berdurasi 31 saat yang dimuat naik seorang pengguna Twitter mendakwa seorang individu melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di dalam MRT arah Cheras menunju Pusat Bandaraya.
“Sehingga kini, pihak polis masih belum menerima laporan polis berhubung kejadian ini dan Polis Cheras meminta kerjasama individu yang terlibat untuk tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan,” ujarnya lapor Malaysia Gazzete.
Pihak polis dalam masa sama turut meminta agar orang ramai yang
mempunyai info berhubung insiden terbabit untuk menghubungi Hotline
Polis Cheras di talian 03 9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di
talian 03 2115 9999 atau ke balai polis berhampiran.
Klik sini untuk close
Comments
Post a Comment