Peminat Edit Baju Sweet Qismina Guna AI Jadi Seksi Dan Nampak Lurah

 

Pernah dengar Donal Trump berkomunikasi dalam bahasa Melayu? Atau melihat video Barrack Obama ditukar rupa paras dari muka orang lain? Itulah contoh keupayaan dalam teknologi AI.

Meskipun pada dasarnya Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) merupakan salah satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia.

Antara cabang penting dalam AI ialah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu ‘belajar’ untuk menjadi pintar.

Secara konsepnya, mesin yang bakal ‘diajar’ manusia perlu dilengkapkan dengan maklumat yang banyak untuk menjadikannya lebih pintar berbanding mesin lain.

Dengan kata lain, mesin akan dilengkapkan dengan ribuan percubaan untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Di sepanjang proses ini, mesin tersebut akan memahami dan mempelajari konsep untuk menyelesaikan tugas tersebut.

Walaupun teknologi kecerdasan buatan ini sudah berkembang maju dan banyak diterapkan, tapi ia juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan manusia.

Sebagai contoh, etika dan moral ialah ciri manusia yang paling penting dan sukar untuk digabungkan ke dalam AI. Kemajuan pesat AI telah menimbulkan beberapa kebimbangan bahawa suatu hari nanti jika tidak digunakan dengan kawalan yang sebaiknya.

Dengan teknologi AI, gambar atau video sesiapapun boleh ditukar, malah lebih menyeramkan banyak imej selebriti telah ditukar untuk video aksi pornografi!

Berbahas soal ini, baru-baru ini tular sebuah gambar pelakon kecil molek, Sweet Qismina di laman TikTok apabila terdapat seorang pemilik akaun bertindak untuk mengubah suai pakaian yang dipakai dlama gambar terbabit menjadi seksi dengan bantuan (Ai) ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata waraganet berpendapat bahawa tindakan itu adalah salah dan tidak wajar.

Malah, ada yang mula berasa khuatir dengan kelebihan dan kemudahan teknologi yang disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Hal yang demikian kerana ianya boleh menjadi fitnah kerana mengetahui baju asal yang dipakai oleh Sweet itu sebenarnya tidak menjolok mata.

Oleh yang demikian, kawal lah diri anda daripada memuatknaik gambar yang dirasakan mampu menarik minat kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu serta menarik penafsu songsang.

Pilihan sebenarnya terletak di tangan anda. Mahu orang memuji kecantikan atau mahu menjadi bahan hiburan dan angan-angan si pedofilia yang berada entah di mana.

Siapa tahu, mereka adalah di kalangan individu yang berhampiran atau yang kita kenali. Ini kerana ada laporan menyebut kira-kira 89 peratus kes membabitkan pelaku yang dikenali mangsa!

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia