Puan Jaja Berkongsi Kisah Sedih Anaknya Bawa Kuih Untuk Jamuan Raya Kelas Tidak Dimakan

Budaya potluck di kalangan orang dewasa memang seronok kerana kita boleh merasa makanan dibawa orang lain. Suka atau tidak, pasti kita akan jamah sedikit demi menjaga hati dan menghargai usaha seseorang yang sudah penat memasak. Namun bagi budak sekolah, adalah budaya ini masih relevan untuk dibuat?

Kisah sedih kakak di jamuan hari raya kelas

Dalam video milik Puan Jaja yang sempat tular, dia merakam suasana anaknya, Kakak baru habis menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri di sekolah. Terlihat kanak-kanak comel berbaju kurung maroon itu sedang membawa satu bungkusan plastik yang agak berat.

Kuih raya kakak takde sapa pun makan…Cikgu suruh bawa balik bekas tu

Rupanya itu adalah kuih raya yang dibawa dari rumah untuk dijamu kepada rakan-rakan. Namun tiada seorang pun merasai manisan tersebut menyebabkan si Kakak terpaksa bawa balik semula ke rumah. Si Adik sudah berikan makanannya kepada guru, manakala si Kakak membawa balik setelah disuruh oleh seorang cikgu sesudah jamuan tamat.

@jfmf91_ #viraltiktok #fypใ‚ท ♬ suara asli - ๐Ÿ’œ๐Ÿ’ž๐ŸŒผNATHALIA๐ŸŒผ๐Ÿ’žSUMOLANG๐Ÿ’œ๐Ÿ’ž - ๐ŸŒผ๐Ÿ•Š️ ๐“๐“ช๐“ฝ๐“ฑ๐“ช๐“ต๐“ฒ๐“ช ๐Ÿ•Š️๐ŸŒผ

Sedihnya sebab benda sama pernah terjadi kat anak…Bawa kuih sorang pun tak jamah

Walaupun tidak mengeluarkan air mata, namun wajah Kakak jelas nampak sedikit sugul pastinya sedih kuih yang dibawa tidak berusik. Melalui ruangan komen, ramai ibu bapa dedahkan mereka pernah alami perkara sama.

 

Di sudut lain, ada yang berpendapat budaya potluck ini mungkin perlu dihentikan dan lebih baik buat kutipan duit saja  agar semua pelajar dihidangkan makanan sama.

Kredit : TikTok Jaja_Fazurin_Jamuliddin

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia

Afiq Muiz Dedah Sikap Sebenar Isteri?-“Ni Macam Ibl*s… Macam Sun9@l”