Puteri Sarah Tidak Mahu Kuburkan Diri Dan Canang Aib Sesiapa Lagi

 

Puteri Sarah Liyana memaklumkan dirinya tidak mahu lagi menghabiskan banyak masa dengan masalah dengan kemelut rumah tangga yang dihadapi bersama suaminya, Syamsul Yusof.

Sarah merasakan dia telah habiskan banyak masa dan tenaga tentang hal itu dan kini mahu meneruskan kehidupan dengan aman. Sarah juga kini mahu fokus dan bergerak aktif dalam kerjaya lakonan serta nyanyian selepas mendapat banyak tawaran.

Puteri Sarah tidak mahu kuburkan diri lagi…

Saya tak nak buang masa lagi dah. Saya nak terbang tinggi dan Alhamdulillah banyak rezeki yang datang dari segi lakonan, perniagaan dan sebagainya.

Itu yang saya nak fokuskan. Sebab saya dah terlalu banyak buang masa. Saya dah tak nak lagi kuburkan diri saya di sini sahaja. I want to fly high dan tutup babak yang tak berfaedah.

Katanya lagi, dia enggan membuka aib mana-mana pihak dan tidak mahu terlalu mencanang perihal pergolakan rumah tangga yang masih dalam perbicaraan mahkamah. Puteri Sarah dalam pada itu mengharapkan agar segala-galanya berjalan dengan lancar.

Sama seperti doa-doa saya sebelum ini. Saya harap semua berjalan lancar. Itu sahaja. Segalanya terserah kepada mahkamah.

Itulah yang terbaik buat Sarah dan Syamsul. Diharapkan agar kemelut rumah tangga yang berlarutan sekian lama ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Bak kata Syamsul sebelum ini, pasti ada sinar.

Kredit: Murai.my

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia