Shila Amzah Beri ‘Hint’ Hubungan Cinta Dengan Ubai Berakhir?-“Terima Kasih Untuk 5 Bulan…”

 

Penyanyi Shila Amzah, 32, memberi bayangan hubungan percintaannya dengan pempengaruh media sosial, Ubai Mz, 25, sudah berakhir.

Menerusi sebuah hantaran dalam Instagram, Shila memuat naik sekeping gambar bersama Ubai dengan kapsyen terima kasih kerana menemaninya selama lima bulan ini.

View this post on Instagram

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Terima kasih untuk lima bulan terbaik ini. Awak telah menjadi teman terbaik saya. Terima kasih sudah memberikan kasih sayang kepada Seth.

“Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala yang dihajati.

“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” tulisnya.

Sebelum ini, pasangan itu mendedahkan sedang dalam perancangan untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Ubai sudah membeli sebentuk cincin, namun segalanya masih dalam perbincangan antara keluarga.

Terdahulu, Shila dan Ubai mengesahkan hubungan percintaan mereka menerusi laman sosial TikTok.

Walaupun berbeza usia, namun hubungan mereka direstui keluarga.

Comments