[VIDEO] Polis sedang mengesan tiga individu dipercayai terlibat kes mencuri tabung kutipan masjid
Polis sedang mengesan tiga individu dipercayai terlibat kes mencuri tabung kutipan duit, di masjid Jalan SS 7/8 Kelana Jaya, di sini, Kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang petugas masjid berhubung kejadian itu, Isnin lalu.
Menurut beliau, setelah selesai menunaikan solat subuh bersama jemaah lain, mereka mendapati tabung masjid yang berada di pekarangan masjid telah tiada.
“Hasil semakan televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati tiga suspek tidak dikenali telah masuk ke dalam masjid menggunakan pemotong besi dan melarikan diri bersama tabung tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Fakhrudin, anggaran kerugian yang dialami masjid tersebut sekitar RM400.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan,” ujar beliau.
Terdahulu, tular di Twitter video berdurasi 1 minit 32 saat yang memaparkan dua individu bertindak memecahkan kunci sebuah tabung kutipan derma sebuah masjid menggunakan besi pemotong dan melarikannya. – KOSMO! ONLINE.
Klik sini untuk close
Comments
Post a Comment