[VIDEO] Reaksi Datuk Seri Vida Diajak Pergi Konsert Coldplay Buat Netizen Terhibur

 

Sekarang ini heboh dengan konsert Coldplay yang bakal dilangsungkan di Malaysia pada 22 November ini. Isu ini hangat diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat dan dilihat masing-masing tidak ketinggalan untuk menghadiri konsert tersebut.

Baru sahaja semalam di akaun tiktok @kacakv tular sebuah video Datuk Seri Vida, pengasas kosmetik terkenal yang sedang makan dengan anak-anaknya sambil berborak tentang pembelian tiket Coldplay.

Cara Datuk Seri Vida tersebut yang sepertinya tidak tahu nama betul penyanyi membuatkan netizen terhibur ditambah pula dengan anak lelakinya yang cuba menggula-gulakan Datuk Seri Vida.

@kacakv

Mama nak pergi Konsert Coldstorage guys!!! 😂

♬ original sound - إيريك زاكوان😺

Comments