[VIDEO] Wanita men4ngis dapati dirinya dalam gambar tidak berb4ju yang di-edit guna Ai

Seorang wanita di TikTok menggesa para pengikutnya berkenaan salah satu bahaya yang dibawa menerusi penggunaan kepintaran buatan (AI).
Hal ini selepas wanita tersebut mendapati seorang lelaki telah menyunting gambar dirinya yang sedang berpakaian lengkap kepada gambar lucah dengan menggunakan AI.
Pada 27 April lalu, Rachel (@rache.lzh5) telah memuat naik sebuah video yang sangat meruntun perasaan menerusi akaun TikToknya.
@rache.lzh5 u deserve nothing
♬ original sound - rach
Video berkenaan memaparkan dirinya yang sedang memberikan kesedaran yang dibawa oleh teknologi ‘deepfake’ ini.
”Saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkan apa yang berlaku pada diri saya dalam masa 48 lepas.
“Dua hari lepas, seorang individu telah menghantar mesej melalui Instagram tanpa mengenakan gambar profil. Akaun tersebut tidak memiliki sebarang pengikut, hantaran, segalanya.
“Terdapat mesej mengandungi gambar saya daripada hantaran sebelumnya. Saya lengkap berpakaian dan mereka telah memasukkan gambar-gambar saya menerusi program AI untuk menyunting gambar saya kepada gambar bogel,”
“Dan ia merupakan satu perkara yang pelik bagi penyunting gambar tersebut kerana sanggup menghabiskan masa untuk menyunting gambarnya. Lebih pelik, pihak tersebut siap menghantar gambar tersebut kepada saya,” tambahnya.
Keadaan menjadi lebih teruk pada keesokan harinya
Ketika Rachel bangun dari tidur pada keesokan harinya, lebih banyak mesej yang dihantar kepadanya dengan menampilkan gambar-gambar tersebut.
Kali ini gambar-gambar tersebut dihantar oleh pengguna media sosial tanpa mengenakan sebarang tera air (watermark).
“Maka, individu ini telah membayar agar tiada kesan tera air pada gambar tersebut dan mula menyebarkannya seperti gambar saya yang betul-betul asli,”
“Secara terang-terangnya mereka juga merupakan seorang penipu. Bagi sesiapa yang pernah melihat gambar dan video saya, mereka tahu itu bukanlah saya,”
“Saya hanya memberitahu anda bahawa apa sahaja yang anda lihat tentang saya adalah disunting atau palsu. Saya tidak mempunyai apa-apa kandungan lucah. Saya tidak menjual kandungan lucah. Tiada satu pun yang merupakan gambar sebenar. Ia sangat keji”
Rachel turut memberitahu beberapa cara untuk membuktikan bahawa gambar-gambar tersebut merupakan gambar yang telah diubahsuai.
Dengan erti kata lainnya, gambar-gambar terbabit memiliki kesan suntingan yang tidak sempurna.
“Bawah tangan kiri saya, terdapat kesan hitam aneh yang mana mereka tidak mampu untuk memadamkan pakaian saya secara sepenuhnya,”
Wanita tersebut turut mengatakan beberapa tatu pada bahagian badannya pada gambar tersebut tidak kelihatan seperti tatunya yang sebenar. Dalam gambar itu juga, terhadap bahagian anggota badannya yang memiliki tatu, sedangkan bahagian tersebut tidak memiliki sebarang tatu.
Wanita tersebut pernah menghantar video tersebut buat kali pertama, tetapi…
Untuk makluman, ini merupakan kali kedua cuba membawa isu tersebut menerusi perkongsian di TikTok.
Video pertamanya menerima sambutan negatif daripada para pengguna media sosial. Pengguna media sosial memberikan komen berunsur hinaan dan lebih menjijikan, mendakwa Rachel ‘ingin’ gambar tersebut disebarkan pada khalayak ramai.
“Semua komen itu sangat menjijikkan dan keji. Mereka membuatkan saya ingin muntah beberapa kali,
“Satu-satunya sebab mengapa anda mahukan gambar palsu ini adalah kerana saya tidak mahu mengeluarkan kandungan lucah. Satu-satunya sebab mengapa anda mahu gambar saya ini adalah kerana anda menyukai perkara tersebut.”
Rata-rata, komen-komen di video Rachel tergamam dengan apa yang dialaminya. Kebanyakan daripada mereka menyaranan agar wanita tersebut mengambil tindakan undang-undang untuk menangkap dan mengheret individu-individu yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
“Perkara tersebut dilarang 100 peratus, panggil pihak polis dan cari dalang di sebalik perkara ini. Kemudian, saman dan campak mereka ke dalam penjara,” tulis salah satu komen pengguna.
Klik sini untuk close
Comments
Post a Comment