Virgoun Tarik Semula Lafaz Talak 3, Inara Rasmi Terus Failkan Tuntutan Berpisah

 

Lantaran geram aib kaki perempuan disebarkan kepada umum, terdahulu penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’ telah memfailkan tuntutan berpisah dengan isterinya, Inara Rusli. Khuatir suaminya bakal merebut hak jagaan anak, Inara kemudiannya terpaksa membuka purdah untuk mencari kerja menafkahi 3 budak berkenaan.

Rupanya Virgoun lafazkan talak 3 ke atas Inara

Namun tak lama selepas itu, Virgoun telah mencabut semula gugatan talak di mana hal itu disahkan sendiri oleh peguam syariah yang mewakilinya ke mahkamah. Jelas Inara, tidak mungkin mereka boleh bersatu lagi sebagai suami isteri kerana rupanya Virgoun telah melafazkan talak 3 kepadanya.

Inara kini failkan semula tuntutan untuk berpisah

Jika mahu bersatu semula pun, Inara sudah semestinya perlu kahwin dulu dengan orang lain. Tapi nampaknya, semangatnya yang menanti waktu untuk bergelar ibu tunggal jelas kelihatan. Selain sudah kembali bekerja sebagai duta sebuah klinik estetik, Inara telah mendaftarkan tuntutan berpisah di Pengadilan Agama, Jakarta Barat pada semalam.

Inara turut failkan 7 jenis tuntutan

Selain itu, wanita cantik ini turut memfailkan tujuh jenis tuntutan ke atas Virgoun. Ia merangkumi aspek nafkah tanggungan pendidikan anak-anak, tinggal asing sementara menunggu tarikh mahkamah sahkan perpisahan, harta sepencarian, nafkah hadhanah dan nafkah sepanjang berada dalam tempoh iddah.

Kredit : Portal Hot Detik & Suara.Com

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia