Wanita menyesal minta cerai, 20 tahun berkahwin wanita ini tak sedar rupanya suami sembunyi harta dekat RM64 juta

 


Wanita menyesal minta cerai, 20 tahun berkahwin wanita ini tak sedar rupanya suami sembunyi harta dekat RM64 juta.

Seorang wanita mendapati bekas suaminya seorang jutawan yang menyembunyikan harta berjumlah (RM64 juta) selama 20 tahun.

Strategi tersebut bertujuan untuk mengelak daripada tuntutan penyelesaian perceraian, lapor portal berita VN Express hari ini.

Wanita yang dikenali dengan nama samaran Yu Hong itu berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan oleh mahkamah bahawa bekas suaminya memiliki 18 hartanah komersial dan secara rahsia ialah seorang jutawan, demikian menurut akhbar South China Morning Post.

Sepanjang 20 tahun mereka berkahwin, dia menjadi suri rumah sepenuh masa, manakala bekas suaminya yang memiliki nama keluarga Qin itu terlibat dalam aktiviti perniagaan.

Mahkamah pada mulanya menolak permohonan cerai Hong.

Apabila Hong meminta cerai buat kali kedua enam bulan selepas permohonan pertamanya, dia membongkar rahsia bekas suaminya dan mahkamah membenarkan perceraian mereka.

Semasa proses perceraian mereka, Qin telah menyerahkan semua asetnya kepada seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu. Ia bertujuan untuk menyembunyikannya daripada Hong.

Di mahkamah, Qin berkata, dia berbuat demikian kerana Hong tidak menyumbang apa-apa kepada kekayaannya.

Menjawab hujah itu, mahkamah memutuskan pemberian harta oleh jutawan tersebut kepada anak perempuannya adalah perbuatan haram. Pihak mahkamah mengarahkan wanita itu memulangkan aset tersebut kepada Qin.

Ini adalah supaya ia akan dapat dikongsi dengan Hong kerana haknya di sisi undang-undang demi kebahagiaan bersama.

 

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia