Janda pemain bola kini jadi rebutan dua lelaki

Lewis Hamilton dilaporkan berada dalam ‘cinta tiga segi’ dengan Shakira dan bintang Hollywood, Tom Cruise.
Shakira yang juga bintang pop itu berpisah dengan bekas pemain Barcelona, Gerard Pique, tahun lalu.
Shakira dan Hamilton dilihat bergambar beberapa kali seperti bergambar bersama dalam bot selepas Grand Prix (GP) Miami sebelum makan malam di Barcelona, hujung minggu lalu.

Menurut PEOPLE, difahamkan mereka cuba menjadikan hubungan itu ‘menarik dan menggoda’.
Namun Mirror melaporkan Tom Cruise yang juga bintang utama Mission Impossible turut tertarik dengan Shakira.
Pelakon berusia 60 tahun itu dikatakan sudah cuba ‘menggoda’ penyanyi kelahiran Colombia itu sebelum dia mengenali Hamilton lagi.
Dia juga percaya memiliki ‘persefahaman yang hebat’ dengan Shakira namun kini egonya ‘diremukkan’ susulan pendekatan diambil Hamilton.
Hamilton dan Cruise pernah bergambar bersama di litar Formula Satu (F1) sebelum ini dan bintang Hollywood itu turut menyifatkan pemandu itu sebagai ‘rakan yang hebat.’
Klik sini untuk close
Comments
Post a Comment