Ketua Kampung Seleweng Dana Penduduk RM304K, Nikahi 4 Isteri Hingga Ada 20 Anak

 

Untuk menjadi seorang Ketua Kampung atau lebih mesra kita gelar sebagai Tok Penghulu, seseorang itu bukan sahaja harus mempunyai nilai kepimpinan yang bagus. Namun paling penting adalah sikap amanah dalam mengendalikan sebarang dana yang diperuntukkan untuk kegunaan dan manfaat penduduk desa.

Alkani sudah jadi ketua kampung selama 6 tahun

Namun dalam satu kejadian ini, seorang bekas Ketua Kampung bernama Alkani didapati telah menyeleweng wang bernilai RM304,512 untuk kegunaan peribadi. Menurut laporan berita, Alkani sudah memegang jawatan itu selama 6 tahun iaitu sejak 2015-2021.

Diam-diam seleweng dana ratusan ribu & manfaatkan untuk kegunaan peribadi

Dana itu seharusnya digunakan untuk membangun 5 projek khas di kampung. Semua projek berjalan seperti biasa, namun kosnya tidak selari dengan perancangan yang dinyatakan dalam kertas kerja.  Walau bagaimanapun, Alkani licik memalsukan dan memanipulasi maklumat dalam laporan audit. Selain digunakan untuk berfoya-foya di kelab malam, Alkani dipercayai menggunakan wang itu untuk menikahi isteri ke-4.

Gambar sekadar hiasan

Pelaku sudah berada dalam tahanan polis

Hasil perkahwinan itu, dia kini mempunyai seramai 20 orang anak dan wang yang merupakan hak orang kampung turut dipakainya untuk menyara kehidupan keluarga besarnya. Lelaki terbabit kini sudah pun ditahan oleh pihak polis berdepan dengan dua pertuduhan berat.

Kredit : Portal Medan Tribunnews

Comments