Pemilik bibir paling tebal di dunia sedang mencari cinta, mahu lelaki yang sanggup terima dirinya

 

SEORANG wanita yang mendakwa dirinya pemilik bibir paling tebal di dunia mengakui sedang dalam misi untuk mencari buah hati baharu.

Pempengaruh media sosial, Andrea Ivanvoa, 25, berkata misinya untuk mencari cinta terbantut kerana bentuk bibirnya.

Menurut Andrea, dia sukar untuk mencari cinta sejati meskipun dirinya sering mendapat perhatian ramai lelaki menerusi media sosial.

“Jika teman lelaki malu untuk berjalan dengan saya kerana rupa paras saya, maka lebih baik kami putus.

“Sudah tentu saya akan berkecil hati. Saya mahu pasangan yang terima diri ini dan terima penampilan saya.

“Saya mahu mabuk cinta dan berjumpa orang yang tepat untuk saya kerana cinta merupakan perkara terindah dalam hidup,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Andrea meraih populariti di internet selepas tular kisahnya yang membuat suntikan untuk membesarkan bibirnya. – Daily Star.

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia