Shahida pernah lari rumah tidak tahan dengan perangai Aliff Syukri

Siapa saja yang tidak kenal dengan nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang sering terkait dengan pelbagai kontroversi ‘panas’ dan kadang-kala diri sendiri yang ‘meminta’ untuk dikecam.
Mengulas tentang kontroversi yang selalu dicetuskan oleh Aliff Syukri, Datin Seri Shahida berkata dirinya sudah sebati dengan perangai suaminya.
Menurutnya, cara untuk mencari ketenangan adalah dengan tidak membaca segala gosip berkaitan suami serta tidak buka media sosial.
Dalam pada masa yang sama, sebagai seorang isteri, Datin Shahidah ada menasihati Aliff Syukri agar berhenti dari mencetuskan kontroversi lagi.
I ada bagitahu dia, u ada anak, anak u sekolah agama, u semakin tua, u ada duit, u ada harta apa lagi yang u nak.
Tambahannya lagi, dia pernah bergaduh teruk dengan usahawan tersebut
hingga lari dari rumah sewaktu mengandungkan Yusuf dan berharap agar
Aliff memujuknya tetapi tidak berlaku.
Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida telah
mendirikan rumah tangga pada 2007 dan pasangan tersebut dikurniakan 6
orang cahaya mata.
Klik sini untuk close
Comments
Post a Comment