Suami Heliza Helmi Akhirnya Bersuara Tentang Dakwaan Dirinya ‘Scammer’

 

Suami Heliza Helmi Akhirnya Bersuara Tentang Dakwaan Dirinya ‘Scammer’

Suami kepada penyanyi, Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman tampil menafikan dakwaan yang dilemparkan pemilik akaun Facebook bernama Pseudoscience Watch terhadapnya yang mendakwa dirinya melakukan penipuan melalui perniagaan yang dijalankan.

Demi bersihkan nama baik

Menerusi hantaran dibuat melalui Facebook, Mahadi atau lebih mesra dipanggil Abang Dee itu mendedahkan bahawa segala dakwaan dan tuduhan itu adalah palsu serta fitnah yang berniat jahat bertujuan untuk memburukkan namanya.

Menurutnya, pihak Pseudoscience Watch tidak pernah menghubunginya bertanyakan mengenai produk Kankyo Energy yang dikatakan telah menipu orang ramai,

Saya merujuk kepada perkara di atas dan ingin menjawab terhadap segala tuduhan-tuduhan palsu, tidak benar, berniat jahat dan merupakan satu fitnah terhadap saya di mana kononnya saya telah melakukan scam kepada orang awam melalui produk syarikat iaitu Kankyo Energy dengan tuduhan bahawa produk syarikat tersebut adalah 100% ponzi skim dan/atau money scam 100% berasaskan riba yang dibuat oleh Pseudoscience Watch melalui laman Facebook bertarikh 28 April 2023.

Kenyataan fitnah dengan niat jahat bagi menjatuhkan imej dan reputasi syarikat serta bersifat serangan peribadi terhadap saya dengan cara menyebarkan fitnah dan kenyataan tidak benar dan palsu kepada orang awam yang dibuat oleh pihak Pseudoscience Watch adalah 100% tidak benar dan palsu. Pihak Pseudoscience Watch tidak pernah menghubungi saya dan/atau pihak syarikat untuk mendapatkan pengesahan atau verifikasi mengenai produk Kankyo Energy tetapi telah dengan tanpa usul periksa dan melakukan siasatan terperinci telah melemparkan pernyataan palsu dan tuduhan-tuduhan tidak benar kepada saya seperti di dalam laman Facebook tersebut. Malah saya telah dituduh melakukan scam terhadap orang awam.

Tambah Mahadi lagi, produk yang dikeluarkan syarikatnya itu mengikut undang-undang dan pelaburan yang diusahakannya memiliki sijil patuh syariah oleh sebuah syarikat yang mempunyai kredibiliti tinggi.

Saya dengan ini ingin mengesahkan bahawa produk Kankyo Energy Berhad adalah satu produk inovatif yang sah mengikut undang-undang dan pelaburan ini memiliki Sijil Patuh Shariah yang dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kredibiliti tinggi. Di samping itu, Pernyataan Memorandum (Information Memorandum) produk tersebut telah diterima dan diserahsimpan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tanpa sebarang bantahan. Segala dokumen-dokumen ini boleh saya kemukakan kepada pihak-pihak yang bekenaan terutamanya kepada pihak Pseudoscience Watch sekiranya pihak mereka meminta daripada saya sebelum melemparkan fitnah jahat ini di laman Facebook mereka.

Di akhir hantarannya itu, Mahadi menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang dilemparkan Pseudoscience Watch ke atas pihaknya dan menganggap kenyataan berbaur fitnah itu dikeluarkan adalah untuk menjatuhkan imej serta kredibiliti syarikatnya yang sudah menapak lebih 20 tahun.

Dakwaan yang dilemparkan

 

Sumber: Facebook

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia