[VIDEO] Alhamdulillah! Ubat RM9.8J Sudah Diberi, Netizen Sebak Lihat Baby Naail Senyum

 

Syukur Alhamdulillah! Berkat daripada doa dan derma daripada rakyat Malaysia yang berhati mulia, dana untuk menampung kos rawatan Wan Muhammad Naail sudah pun mencapai sasaran RM9.8 juta. Semalam, Founder Misi berkongsikan detik-detik si kecil itu menerima ubat khas bernama Zolgensma (Onasemnogene Abeparvovec).

Ayah Naail berserah kepada Allah…Hanya Allah sahaja yang boleh sembuhkan Naail

Dalam video yang dipaparkan, terlihat bapa kepada Baby Naail sempat melakukan solat sementara petugas kesihatan di sana membuat persediaan rapi. Difahamkan, prosedur menyuntik ubat Zolgensma itu mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk disempurnakan.

Ini adalah respon Naail pada seluruh Malaysia…Terima kasih jiwa-jiwa yang bertuhan

Selepas satu jam lagi, barulah Saudara Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi dibenarkan masuk untuk melihat keadaan Baby Naail. Segala ikhtiar sudah dijalankan, kini hanya doa dan keajaiban Allah sahaja yang mampu memberikan kesembuhan sepenuhnya kepada Naail. Paling mengharukan, si kecil itu dilihat memancarkan senyuman seakan-akan berterima kasih dengan kebaikan rakyat Malaysia.

@foundermisi

Apa perasaan anda? Dan jangan terlepas pesanan terakhir

♬ original sound - Founder Misi

Sedihnya, macam anak sendiri dah…Teriak aku masa dia senyum…Moga cepat sembuh

Melalui ruangan komen, netizen sebak tatkala melihat wajah Naail yang tersenyum comel. Walaupun ada yang menderma dalam jumlah sendikit, Baby Naail sudah dibayangkan seperti anak sendiri.

Tidak ketinggalan juga yang mengucapkan terima kasih kepada Founder Misi kerana menyatukan rakyat Malaysia untuk membantu anak kecil tersebut.

Kredit : TikTok Founder Misi

 

Comments