(Video) Anak Perempuan Shuib Menangis Tengok Bapa Di Pelamin, “Semua Orang Sayang Talita”

Tular di media sosial rakaman video memaparkan anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra menangis ketika acara akad nikah malam tadi.
Dalam video itu, kelihatan neneknya iaitu Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Makder memeluk erat Talita yang menangis di bahunya.
Watch on TikTok
Dalam video lain, Shuib dan isterinya Watie dilihat mesra berpelukan di antara satu sama lain selepas majlis selesai. Mereka juga dilihat sedondon memakai persalinan serba putih di majlis tersebut.
Kata Makder, selepas ini cucu-cucunya perlu memanggil Watie dengan panggilan Mommy.
Watch on TikTok
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sedih melihat Talita menangis. Menurut mereka, sebagai anak perempuan tunggal dia semestinya rindu dengan arwah ibunya Siti Sarah.
Apa-apa pun semoga Shuib, isteri dan anak-anak bahagia selama-lamanya. Semoga Watie dapat menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak Shuib. Amin.
Kredit: TikTok @suciuwais

Klik sini untuk close
Comments
Post a Comment