[VIDEO] MK K-Clique dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan Siti Hajaar

 

Penyanyi rap kegilaan gadis-gadis, MK K-Clique hari ini telah selamat bernikah dengan kekasih hatinya dikenali sebagai Siti Hajar.

Menerusi perkongsian video yang dikongsi rakan media era.je, pasangan ini dilihat sedondon berpakaian serba putih. Siti Hajar pula dilihat berseri-seri duduk di pelamin di samping ibu bercinta.

Di ruangan komen perkongsian, para peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli ini dan mendoakan semoga rumah tangga yang dibina kekal ke akhir hayat.

Netizen juga sempat memuji kecantikan suri hati MK yang dilihat sangat ringkas dan lemah lembut. Patutlah MK jatuh hati kan?

Kredit: Era.je

 

Comments