[VIDEO] Pengantin Berjurai Air Mata Nikah Depan Jenazah Ibu

 

Majlis perkahwinan merupakan majlis yang disambut penuh gembira bersama ahli keluarga yang lain namun, berbeza pula dengan pengalaman seorang pengantin wanita di Indonesia ini apabila dia terpaksa bernikah di hadapan jenazah ibunya yang meninggal dunia di hari pernikahannya.

Berjurai air mata

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan seorang pengantin wanita yang mengenakan pakaian berona putih keluar dari bilik untuk meneruskan pernikahannya sambil diiringi ahli keluarga yang lain.

Dia kemudiannya dilihat duduk di meja nikah berhadapan jenazah ibu tercintanya yang diletakkan di dalam sebuah keranda.

Tidak dapat menahan sebak, pengantin berkenaan menandatangani borang pernikahannya di hadapan jenazah dalam keadaan berjuraian air mata.

Difahamkan, pernikahan yang dijadualkan bakal berlangsung dua minggu lagi itu disegerakan selepas mendapat berita ibunya meninggal dunia.

Video

@tribun.jakarta

Momen Pernikahan Campur Duka, Anak Gelar Akad di Depan Jenazah Orangtua

♬ suara asli - Tribun Jakarta Official

Sumber: Tribune NewsTikTok 

Comments