[VIDEO] “Semua Nabi Nabi Diuji Allah, Begitulah Hidup Orang Beriman” – Ebit Lew Sambut Hari Jadi Bidadari

 

Nama pendakwah terkenal Ebit Lew sekali lagi menjadi bualan selepas ada pihak mendakwa gelandangan bertatu yang dibantu beliau merupakan seorang pempengaruh terkenal di Indonesia.

Susulan itu, ada yang mendakwa Ebit menggunakan agama untuk meraih tumpuan ramai. Namun, setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan beliau menjawab tuduhan itu.

Terbaru, beliau memuat naik video meraikan hari jadi isteri tercinta. Apa yang menariknya apabila terdapat tulisan besar di screen bangunan menyatakan rasa penghargaan Ebit terhadap isteri.

Luahnya, dia berasa sungguh bahagia kerana isteri, Farah sentiasa ada waktu susah dan senang. Walaupun beribu ujian serta fitnah yang datang, isterinya sentiasa tersenyum kerana cukup mengenali suami sendiri.

Di akhir ucapan, Ebit berharap mereka dapat bersama tak hanya di dunia tetapi di akhirat kelak. InsyaAllah.

Kredit: Instagram Ebit Lew

Comments