Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang Siap Laga Pipi Dan Lentok Di Bahu, Ini Penjelasan Shakila Khoriri

 

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang ada dakwaan tentang seorang pelakon wanita popular berstatus ibu tunggal sedang hangat bercinta dengan suami orang.

Menerusi laporan mStar, rupanya pelakon yang dimaksudkan itu adalah Shakila Khoriri yang dilihat sedang ‘selfie’ sambil berlaga kepala sambil lentok di dada lelaki tersebut yang dikatakan seorang ahli perniagaan.

Bukan tu jer, individu yang mendedahkan perkara ini juga mengatakan yang lelaki itu pernah ikut Shakila ke Sabah untuk menjalani penggambaran. Biar betul?

Walau bagaimanapun, pelakon itu tak berdiam diri dah beri respon berkenaan isu ini dengan berkata bahawa dia yakin yang ada pihak mahu menjatuhkannya sehingga menyebar fitnah.

Saya rasa ada individu di sebalik ini dan dia mengenali saya. Kalau ada masalah, boleh terus hubungi, jumpa terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau.

Pelakon itu juga turut mengatakan yang sekarang ni dia bertemu dengan ramai orang disebabkan kerjanya sebagai selebriti dan ada pihak yang mungkin salah sangka terhadapnya.

Ibu kepada seorang cahaya kata itu juga beri penjelasan yang dia berjumpa dengan ramai orang itu adalah perkara biasa untuknya lebih-lebih lagi apabila memiliki perniagaan sendiri serta turut akui mempunyai kelompok kawan yang baru selain selebriti.

Ada kalanya perlu jumpa penerbit bagi tujuan kerja tapi orang salah sangka kata saya keluar dengan suami orang.

Haa, jangan main tuduh jer! Apa pandangan korang?

Kredit: mStar

Comments

Popular posts from this blog

Cara Claim RM400 Kredit Shopee Untuk Rakyat Malaysia

Last Minute Batal Jadi Pengapit Asbab Pemergian Nenek, Gadis Dilema BFF Marah