Tikam suami hingga mati ketika berbalah mengenai isteri kedua

 

Seorang wanita dari Kofar-Dumi Bauchi, Nigeria didakwa menikam suaminya sehingga mati semasa bertengkar mengenai isteri kedua, lapor laman berita Leadership News semalam.

Mangsa, Aliyu Muhammad difahamkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan di dada selepas ditikam manakala isterinya, Maimunatu Sulaiman turut mengalami lebam kecil.

Pemangku Pegawai Perhubungan Awam Polis Negeri Bauchi, Asisten Superintendan Aminu Gimbal Ahmed berkata, wanita itu disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

Aminu berkata, wanita berkenaan telah pun mengaku melakukan kesalahan itu sambil menambah bahawa kes tersebut telah dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut.

“Siasatan diteruskan dan suspek akan didakwa ke mahkamah selepas siasatan selesai.

“Kami bertindak atas maklumat yang diterima pada 5 Julai kira-kira pukul 11.40 malam (waktu tempatan).

“Detektif yang bertugas di ibu pejabat Polis Bahagian Perbandaran Bauchi menahan Maimunatu yang berumur 21 tahun kerana didakwa membunuh,” ujarnya. – Agensi

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia