Dituduh tak setia terlalu cepat kahwin baharu, abang arwah Siti Sarah tampil pertahankan Shuib
KISAH perkahwinan pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib dengan wanita pilihan hatinya iaitu Watie terus menjadi bualan hangat netizen. Mengambil keputusan berkahwin selepas dua tahun pemergian Siti Sarah, ada netizen menuduh kononnya Shuib tidak setia kepada arwah kerana begitu cepat menemui pengganti. Tampil mempertahankan adik iparnya, abang kepada arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin menganggap komen netizen di media sosial itu mengarut dan melampau. Abang Siti Sarah selar komen mengarut netizen. Dia turut meminta netizen mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum menulis komen berkenaan. “Saya rasa mereka (netizen) dah makin merapu. Lain kali kalau tidak tahu hukum agama kita rujuk dahulu baru tulis,” katanya. Firdous berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan beberapa komen netizen meluahkan rasa kecewa dengan perkahwinan Shuib. Menerusi komen tersebut, netizen berpendapat Shuib menduakan arwah Siti Sarah...
Comments
Post a Comment