Panas Isu ‘G@ng B@ng JB Party’, PU Syed Minta Kerajaan Pantau Tw!tt3r

 

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed meminta kerajaan khususnya Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk memantau aplikasi Twitter sama seperti media sosial lain antaranya TikTok.

Ini kerana, beliau berpandangan bahawa aplikasi tersebut sangat bahaya dan perbincangan di antara penggunanya sangat terbuka terutama selepas penceramah itu membuat pendedahan mengenai perancangan pesta seks bebas ‘Gang Bang JB Party’ di Johor.

Difahamkan, hantaran berhubung pesta seks bebas itu dimuat naik di Twitter sebelum menjadi perhatian ramai.

Pendedahan di sambut baik oleh Exco Johor

Menerusi video yang dikongsikan oleh PU Syed atau nama penuhnyaSyed Mohd Bakri Syed Ishak, kelihatan pesta berkenaan akan berlangsung pada bulan Jun akan datang dan pelbagai syarat untuk menyertai parti itu turut dipaparkan.

“Perbincangan di sana (Twitter) sangat terbuka, sebagai contoh isu yang saya bawa mengenai ada perancangan pesta seks akan dibuat di Johor. Alhamdulillah kita dah dedahkan dan mendapat respon baik daripada Exco negeri Johor.

“Mungkin tak semua kerajaan tahu tapi kita beritahu supaya cepat bertindak maka ia mendapat respon positif dan itu yang kita mahukan,” ujarnya dalam satu hantaran video di Instagram.

Dedahkan agar kerajaan tidak terlepas pandang

Menurut pendakwah itu lagi, suatu perkara yang didedahkan bukan bermaksud mahu menyalahkan kerajaan sebaliknya sebagai peringatan di mana mungkin mereka terlepas pandang dan boleh bertindak dengan cepat.

“Inilah dia kerjasama, walaupun berlainan ideologi, berlainan parti politik tetapi apabila kita menyatakan sesuatu perkara bukan sekadar untuk kita cakna tentang isu tersebut tetapi untuk menyedarkan.

“Mungkin pihak kerajaan atau pihak berwajib tidak tahu, maka salah satunya perkara yang perlu diberikan perhatian penting sekali adalah bab Twitter ini.”

Minta perhatikan perbincangan negatif di Twitter

Malah dia juga turut meminta pihak berkenaan memanggil pengguna Twitter ini untuk diperhatikan secara betul mengenai perbincangan negatif yang berlegar dalam aplikasi tersebut.

Pengguna di aplikasi itu juga ada membincangkan secara terbuka mengenai mengaku diri sebagai nabi, mengajak untuk berzina, murtad dan sebagainya.

“Generasi Twitter ini yang paling kita bimbang sekali dan akan berleluasa kepada masyarakat.

“Jadi tolonglah bagi pihak berwajib yang mempunyai autoriti untuk memandang serius mengenai isu ini.”

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak mengadakan atau menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan kemaksiatan di negeri itu.

 

Comments

Popular posts from this blog

[VIDEO] Isteri Beria Peluk Cium suami Di Petang Raya Untuk Kali Terakhir Buat Ramai Sebak, Isteri Akur Akan Berpisah

[VIDEO] Jelir Lidah ‘Menganjing’, Peninju Thailand Rebah Kena Pukulan K.O Remaja Malaysia